
salah silah YDB
** Di atas ni susur galur Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan secara sangat ringkas. Kalau korang perlukan data yang lengkap, tolong buat research di website lain. Aku buat susur galur secara ringkas sekadar yang aku fikir cukup untuk terangkan apa yang aku nak cerita hari ni.
Sabtu lepas, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 mangkat. Almarhum dikebumikan pada petang tadi, Isnin selepas upacara pertabalan YDB yang ke-11.
Ramai yang tertanya-tanya kenapa anak lelaki sulung almarhum Tuanku Ja’afar ibn Tuanku Abdul Rahman, Tuanku Naquiyuddin ibn Tuanku Ja’afar tak dilantik sebagai Yang Di-pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11.
Ini ceritanya:
Selepas Tuanku Maharum mangkat, Tuanku Abdul Rahman berkahwin semula dengan seorang wanita Inggeris, Cik Engku Maimunah. Memandangkan Tuanku Munawir adalah putera pertama, baginda dilantik sebagai YDB Negeri Sembilan yang ke-9.
Kawan-kawan jangan lupa, Negeri Sembilan ni unik sebab (i) Negeri Sembilan tiada Raja Muda. Pemangku YDB cuma dilantik apabila YDB memegang jawatan Yang Di-pertuan Agong (ii) tahta tidak turun secara automatik kepada anak sulung lelaki, sebaliknya Undang Nan Empat akan pilih antara Putera Berempat yang difikirkan layak untuk jadi YDB.
Sebelum Tuanku Munawir mangkat, anak baginda Tuanku Muhriz dilaporkan membuat sedikit kesilapan. Jadi apabila Tuanku Munawir mangkat, Undang Nan Empat tak fikir Tuanku Muhriz layak untuk jadi YDB. Jadi, Tuanku Ja’afar (ayahanda saudara pada Tuanku Muhriz) dilantik sebagai YDB ke-10, walaupun baginda bukan anak gahara (anak raja tulen).
Jadi lepas Tuanku Ja’afar mangkat, tahta tu selayaknya turun ke Tuanku Muhriz semula.
Enough for now. If you have anything in mind, just shoot.
Al-Fatihah for almarhum YDB Tuanku Jaafar.

8 comments
Comments feed for this article
December 31, 2008 at 10:01 am
zulkefli
1. Saya merasa bahawa susunan salasilah itu sedikit salah iaitu Tuanku Abdul Rahman sepatutnya ditengah dan Tengku Maharum di tepi.
2. Bonda Tuanku Mukriz ialah Tuanku Durah Ibni Almarhum Tunku Besar Burhanuddin.
3. Tuanku Durah ialah adik beradik Tuanku Kursiah( Permaisuri Agong pertama) dan Tuanku Najihah (isteri Tuanku Jaafar).
4. Sebenarnya dalam hal pelantikan Yang Dipertuan Besar, hak itu terletak dibawah Dato Undang yang Empat. Dulu sebelum datangnya British pun begitu, malah dahulu Yam Tuan dilantik dari kalangan putera raja dari Minangkabau.
5. Perkara ini diperkukuhkan lagi apabila pelantikan Yam Tuan mengikut tradisi adat pepatih itu dinyatakan secara bertulis di dalam perlembagaan Negeri Sembilan
6.Soal sama ada anak gahara atau tidak tidak muncul disini. Asalkan ia dilantik dari kalangan putera yang empat dan sesuai , tepat dan cocok pada pendapat Dato Undang.
7. Pelantikan Tuanku Mukriz umpama sirih pulang keganggang. Mengikut sumber dahulu baginda tidak dipilih oleh Dato Undang kerana masih muda. Ada pendapat menyatakan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra bapa kemerdekaan dan PM pertama juga berpendapat sedemikian sehingga mempengaruhi Dato Undang untuk tidak memilih Tunku Mukriz.
8. Ada juga kabar angin kononnya Tunku Mukriz dahulu pernah menembak lembu milik orang kampung di Sri Menanti, oleh itu baginda tidak dipilih.
8A. Bagaimanpun ada pula kabar angin yang menyatakan baginda menembak lembu yang menjadi liar yang mengejar orang kampung.
9. Selepas itu kebanyakan rakyat negeri sudah pun lupa kewujudan putera Tuanku Munawir ini. Tambahan pula tiada publisiti dan pendedahan diberikan kepada masyarakat kepada baginda semada ada sengaja atau tidak disengajakan. Mungkin ramai rakan baginda sendiri tidak tahu bahawa baginda adalah calon paling kanan untuk dipertimbangkan untuk menggantikan Tuanku Jaafar berkutan kedudukannya sebagai Tunku Besar Sri Menanti yang diperolehinya sejak bapa baginda Tuanku Munawir menjada Yam Tuan.
10. Dan berkat kesabaran dan pengalaman yang dilalui baginda maka telah ditentukan oleh Allah, baginda dipilih sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke 11.
11. Al Fatihah kepada Almarhun Tuanku Jaafar.
12. Takziah juga kepada keluarga baginda.
January 4, 2009 at 11:07 pm
lilacluv
Mr Zulkefli: Yes, I do admit there were flaws in the whole susur galur. Am very sorry. The more accurate salasilah will be updated soon. Thank you for sharing.
January 5, 2009 at 9:15 pm
Mohammad Putra Hj Kamaluddin
Saya sangat alu2kan saudara begitu prihatin tentang usul salasilah Tuanku Munawir.
Bolehkah saudara carikan salasilah anak perempuan Tuanku Munawir yang bernama Seri Banun kakanda kepada Tuanku Mukriz dari ibu yang lain,bernama Engku Fatimah Zaharah ibn Engku Adnan?
Kita tahu anak2 Tuanku Munawir semuanya perempuan kecuali yang satu ni.
Tetapi bagaimana pula dengan nasib cucu lelaki sulung Tuanku Munawir?
Apa2 maklumat,hantar2kanlah kpd saya k.
Terima kasih.
October 5, 2009 at 2:09 am
SHARUL
salam saudara Mohammad Putra,
Saya amat tertarik dengan soalan saudara berkenaan salasilah anak perempuan Tuanku Munawir yang bernama Seri Banun kakanda kepada Tuanku Mukriz dari ibu yang lain,bernama Engku Fatimah Zaharah ibn Engku Adnan? dan bagaimana pula dengan nasib cucu lelaki sulung Tuanku Munawir?
Rasanya saudara tahu serba sedikit berkenaan sejarah keluarga Tuanku Munawir. Bolehkah saudara kongsi dengan saya berkaitan ‘cucu lelaki sulung’ Tuanku Munawir ni?
March 30, 2009 at 5:03 pm
gadis
saya amat tetarik dengan cerita anda semua ,, saya nak sangat mengenali salah silah yang diprtuan besar yang baru ni… kalau anda semua ada maklumat bolih saya berkongsi dengan anda semua….
July 19, 2009 at 12:19 pm
ARIFFIN SINGAH
lebih kurang 7 tahun saya tdk balik ke kg. Baru-baru saya terpanggil utk balik kerana adik lelaki sy mengajak, musim buah-buahan menjadi ,katanya. Kedua orang tua sy sudah meninggal dunia. Rumah di kg disewakan kepada sepasang suami isteri yg mempunyai seorang anak lelaki, saya memanggilnya Ijan. Saya sampai di kg pukul 3 ptg. Adik saya mungkin sampai pukul 6 ptg nanti. Ketika bersembang dgn Ijan, saya ada bertanyakan tentang aktiviti bersilat di kg tersebut. Saya dimaklumkan oleh Ijan, aktiviti tersebut tidak dijalankan lg . Saya agak terkejut kerana Ijan memberitahu saya, bekas guru silat yg mengajar di kg saya itu, Mokhtar bin Sidek tidak lama lg bakal dilantik sbg YDB yg baru. Dia menceritakan bahawa Sidek, ayah kpd Mokhtar sebenarnya adalah kerabat YDB dari Pagar Ruyung yg telah melarikan diri ke Kg Majau, Pdg Lebar ketika perang saudara berlaku di Sg Ujung. Selepas berkahwin Sidek telah menjadi peneroka Felcra di Kg Bayai Baru, kg saya. Saya dimaklumkan oleh Ijan, DNA telah pun dibuat oelh pihak Pagar Ruyung dan telah mengesahkan bahawa Mokhtar adalah waris yg layak ditabalkan sbg YDB yg baru, sama-samalah kita tunggu kebenarannya. Buat masa ini, saya telah dikhabarkan bahawa, rumah Mokhtar di Felda…. sudah menjadi spt sebuah istana hinggap. Begitu jg rumah beliau di kg Majau
October 6, 2009 at 12:14 pm
sharul
Saya sangat berminat tentang asal usul salasilah Tuanku Munawir.
salasilah anak perempuan Tuanku Munawir yang bernama Seri Banun kakanda kepada Tuanku Mukriz dari ibu yang lain,bernama Engku Fatimah Zaharah ibn Engku Adnan? dan bagaimana pula dengan nasib cucu lelaki sulung Tuanku Munawir?
apakah akan berlaku kejutan lagi menjelang pertabalan pada 26.10.2009 nanti?
Apa2 maklumat,boleh berkongsi bersama.
Terima kasih.
October 6, 2009 at 1:49 pm
SHARUL
ESEI AMAT TERTARIK NGAN CITO SAUDARO PUTRA MAKNONYO ADO LAYIE KO CALUN YANG TOPONDAM BKN APO CITO SAUDARO TU MCM ADO ASAS LAH PULAK YOLAH KALU IKUTKAN TURUTAN YANG NAK MENJADI YAM TUAN ADOLAH SEPOTI BERIKUT
1.ANAK LELAKI
2,CUCUANDA LELAKI
3.ADIK LELAKI
4.ANAK KEPADA ADIK LELAKI
APOKATO KITO SAMO-SAMO TENGOK KESUDAHAN CITO TONTANG YAM TUAN N.9 BUKAN APO BARU-BARU NIE KAN UNDANG LUAK SUNGAI UJONG DAH KONO SINGKIR SECARO TIBO-TIBO KALU DIBIARKAN UNDANG TU BERKELIARAN MAKO TAK SAH LAH HARI PERTABALAN TU NANTI KAN KAN KAN ABIH PLAK DUIT CUKAI RAKYAT MEMBAZIR JO KAN KAN KAN.EDEN NIE BUKAN APO DAH DOKEK SETAHUN BONDO NIE TAK SOLOSAI LAYIE SO EDEN HARAP BIA LAH BONDO NIE SOLOSAI BULAN SEPULUH NIE YO……..