salah silah YDB

salah silah YDB

** Di atas ni susur galur Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan secara sangat ringkas. Kalau korang perlukan data yang lengkap, tolong buat research di website lain. Aku buat susur galur secara ringkas sekadar yang aku fikir cukup untuk terangkan apa yang aku nak cerita hari ni.
Sabtu lepas, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 mangkat. Almarhum dikebumikan pada petang tadi, Isnin selepas upacara pertabalan YDB yang ke-11.

Ramai yang tertanya-tanya kenapa anak lelaki sulung almarhum Tuanku Ja’afar ibn Tuanku Abdul Rahman, Tuanku Naquiyuddin ibn Tuanku Ja’afar tak dilantik sebagai Yang Di-pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11.

Ini ceritanya:

Selepas Tuanku Maharum mangkat, Tuanku Abdul Rahman berkahwin semula dengan seorang wanita Inggeris, Cik Engku Maimunah. Memandangkan Tuanku Munawir adalah putera pertama, baginda dilantik sebagai YDB Negeri Sembilan yang ke-9.

Kawan-kawan jangan lupa, Negeri Sembilan ni unik sebab (i) Negeri Sembilan tiada Raja Muda. Pemangku YDB cuma dilantik apabila YDB memegang jawatan Yang Di-pertuan Agong (ii) tahta tidak turun secara automatik kepada anak sulung lelaki, sebaliknya Undang Nan Empat akan pilih antara Putera Berempat yang difikirkan layak untuk jadi YDB.

Sebelum Tuanku Munawir mangkat, anak baginda Tuanku Muhriz dilaporkan membuat sedikit kesilapan. Jadi apabila Tuanku Munawir mangkat, Undang Nan Empat tak fikir Tuanku Muhriz layak untuk jadi YDB. Jadi, Tuanku Ja’afar (ayahanda saudara pada Tuanku Muhriz) dilantik sebagai YDB ke-10, walaupun baginda bukan anak gahara (anak raja tulen).

Jadi lepas Tuanku Ja’afar mangkat, tahta tu selayaknya turun ke Tuanku Muhriz semula.

Enough for now. If you have anything in mind, just shoot.

Al-Fatihah for almarhum YDB Tuanku Jaafar.

About these ads